Pelajari Rahsia
Kekalkan Gaya hidup
Sihat Sepanjang Hayat
maklumbalas
Apa Kata Mereka...
Banyak program menurunkan berat badan yang telah saya cuba. Kesemuanya menekankan pengiraan kalori. Banyak juga yang mementingkan protein berbanding karbohidrat. Bersenam pula sangat wajib dengan program lain yang pernah saya ikuti.
Sebagai ibu yang bekerjaya, tentulah sukar untuk saya menyediakan hidangan berasingan untuk keluarga. Lebih mencabar kerana saya juga seorang ustazah, saya sangat mementingkan aurat, adab dan batas jika mahu bersenam di luar.
Dengan Gayahidup Halalneevour, saya berasa sangat tenang. Menu tidak bertukar 360°, hanya sedikit pembetulan jadual & kaedah pemakanan. Saya juga tidak risaukan stamina merudum, kerana diajar banyak alternatif untuk kekuatan fizikal termasuk spiritual.
Saya amat cadangkan Gayahidup Halalneevour untuk wanita dan ibu-ibu Islam yang bekerjaya kerana ia amat mudah diikuti.Kurus itu bonus, saya sendiri telah berjaya menghilangkan 10kg!
Puan Zaimas Deraman
USTAZAH, BESUT TERENGGANU
Hanya dengan sedikit perubahan gayahidup, memahami apa yang betul untuk tubuh berpangkalkan kantung perut dan istiqamah membiasakan dengan amalan harian yang betul, saya bukan sahaja telah berjaya menurunkan 13kg berat badan – tetapi juga tidak lagi bergantung kepada ubatan kolestrol & darah tinggi.
Kesihatan fizikal dan stamina saya bertambah baik walaupun telah berusia 50an. Malah banyak wang dapat dijimatkan dengan banyak ilmu yang diperolehi, kerana saya tidak lagi mudah terpengaruh untuk mencuba pelbagai jenis produk, minuman, krim dan sebagainya akibat sakit-sakit badan seperti sebelum saya mengikuti Gayahidup Halalneevour.
Puan Nooriah Kassim
GURU, PUTRAJAYA
Dari 91kg ke 86.6kg kini kesihatan saya sudah sangat baik. Bacaan kolestrol dari 6.7 ke 4.7, hilang sakit lutut & tiada sakit kepala.
Kini saya lebih bersemangat untuk mencapai berat ideal & memperbaiki tahap kesihatan saya dengan menyertai 1662 MFH Challenge! .
Noraida Azmi, 47thn