Mengenai Kami
“Wahai manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”– (Al-Baqarah 2:168)
Pengenalan Gaya hidup Halalneevour
Pernahkah anda berasa cepat penat terutamanya selepas makan tengahari? Pada masa yang sama, anda lebih suka shopping tudung berbanding pakaian kerana faktor saiz tubuh dan sukar mendapatkan stail pakaian yang digemari? Lebih mudah menyembunyikan pipi lebar dengan stail tudung berbanding menyembunyikan perut berbonjol dan lengan yang kembung.
Mungkin juga ada yang telah diberitahu oleh suami dan anak-anak bahawa anda semakin mengembang dan berisi. Tetapi kebiasaannya, pernyataan itu diabaikan ibarat masuk telinga kiri. Awas, jangan pendam dalam hati kerana kami di Hallneevour berharap, jika anda berjaya mencapai berat badan idaman setelah bersama kami nanti, anda sila teruskan menjaga perhubungan rumahtangga anda!
Selepas Anda Kurus...
Ramai akan memuji.. Nanti, ada yang toleh 2 kali.. Silap-silap, di bangunan pejabat akan ada lelaki temankan anda naik lift bersama-sama..
Tidak kurang, yang menyangka, anda adalah kakitangan baru..
Di FB, anda akan menerima banyak “LIKE” dan ramai juga yang akan PM tepi.
Anda akan berasa tersangat bahagia, ibarat telah muda kembali.. (Jangan lupa diri, jangan naik syeh!)
Faedah-faedah kecil kerana berjaya menurunkan berat badan atau tepatnya selepas berjaya kurus!
Siapakah wanita yang tidak mahu kurus dengan berat badan dan saiz idaman?
Semua semestinya, sejak berusia 12 tahun lagi!
Tapi kini anda telah berusia 40 tahun.. Anda lihat ramai kawan-kawan yang telah berjaya menurunkan berat badan. Anda sangat teruja semestinya.
Tetapi Kami Ada Soalan Untuk Anda
Anda teruja melihat kawan yang telah kurus, mahu mengetahui bagaimanakah caranya menurunkan berat badan dan anda PASTI meniru caranya tanpa menjalankan kajian terlebih dahulu?
Atau, anda teruja melihat kawan yang telah kurus, anda perhatikan secara detail perubahan pada dirinya – adakah kawan anda semakin cergas atau lesu, adakah kelihatan lebih cengkung atau bertenaga, dan anda mengambil masa sekurangnya 3 bulan untuk betul-betul memastikan kawan itu kurus tanpa masalah kesihatan mengejut?
Biasa terjadi di kalangan rakan sepejabat atau alumni, “Dulu dia gemuk, kemudian diet teruk-teruk, dia jadi kurus. Tak sangka pula tiba-tiba mati mengejut..”
Terdengar juga si-ABC telah kurus pada cuti PKP yang lepas. Baru bercadang bertanya kepada si-ABC, apakah teknik yang digunakannya untuk menurunkan berat badan kemudiannya anda mendapat berita bahawa si-ABC telah pun dimasukkan ke hospital dan mengalami masalah darah tinggi yang serius.
Kami yakin terutamanya jika anda berusia 40 tahun ke atas, ia adalah senario biasa namun amat menakutkan. Tetapi, pada masa yang sama – anda juga sedang mengalami isu berat badan berlebihan, atau mungkin juga obesiti. Nak kurus, redah atau tidak? Alangkah dilemma!
Anda berada dalam dilemma yang lama.. hari demi hari, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun.
Akhirnya, menyedapkan hati sendiri anda pun berkata...
“Biarlah berat badan tidak ideal, asalkan tidak berpenyakit..” –Anda sebenarnya menafikan bahawa anda sudah pun kerap berasa lenguh, mengah dan sakit tumit.
“Suami saya suka isterinya gemuk, kurus-kurus dia tidak suka..” –Anda sedang cuba menyedapkan hati sendiri
“Barulah sepadan, suami saya pun selepas perkahwinan telah naik 20kg berat badan..” –Anda lupa bahawa lelaki lebih cepat turun berat badannya berbanding wanita
Kunci utama kepada kesemua pernyataan ini ialah “JUJUR KEPADA DIRI SENDIRI”. Benarkah anda tidak selesa dengan isu berat badan sendiri? Apakah yang anda sasarkan; adakah bagi mengatasi rasa lenguh, mengah dan sukar untuk solat? Adakah kerana ingin memakai semula pakaian lama? Adakah kerana ingin tampil menawan di hadapan suami? Adakah anda sebenarnya telah dinasihatkan oleh doctor untuk menurunkan berat badan?
Kemudian anda tanya lagi diri anda dengan jujur, berapa jam yang boleh diperuntukkan untuk bersenam? 30 minit seminggu, 30 minit – 2 kali seminggu, 30 minit – 3 kali seminggu, atau 30 minit setiap hari?
Matlamat Kami...
Membantu setiap lapisan masyarakat terutamanya wanita berusia melebihi 35 tahun, untuk menguruskan berat badan secara sihat. Kami perlu ulangkan, ‘menguruskan’ bukan ‘menurunkan’, dalam English ia dipanggil ‘to manage’. Bermakna, skop kami adalah lebih besar kerana dengan membantu anda menguruskan berat badan secara sihat maka potensi untuk berat badan naik semula dengan mendadak adalah sangat tipis! Malah, anda akan nikmati pelbagai manfaat kesihatan pada tubuh, akhirnya anda pula berkata ‘kurus’ itu adalah bonus wajib. Lagi, anda juga sangat bahagia kerana anda tidak perlu memeningkan kepala mencari-cari ruang [30 minit – 3 hari seminggu] untuk bersenam di luar! Anda dibantu dengan pelbagai cadangan riadah yang bersesuaian yang seakan-akan menyamai kuantiti 30 minit tetapi ia lebih berkesan. Tentunya kejayaan milik anda jika anda mengikuti program kami yang dinamakan Gayahidup Halalneevour a.k.a 1662 Lifestyle!
Setulus Ikhlas,
Pengasas Halalneevour
“Andai kata seorang Muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi orang yang sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat”
(Hasan Al-Bashri)