Anti Inflammatory 1662 Lifestyle

Ketika menjalani program menurunksn berat badan, ramai “mereka” menitik-beratkan kalori semata. Lebih menyedihkan, mitos-mitos seperti ‘jangan ambil kuah, ada kalori’. Jika mengambil menu tidak berkuah, bermakna tiada anti-oksidan diperolehi dari pemakanan. Kekurangan anti-oksidan seterusnya akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Tidak hairanlah, diet teruk-teruk tubuh masih bloated sana-sini. .

Kesihatan optimum itu luas skopnya. Benar, jagalah BMI, kerana ia asas. Namun laluilah proses menurunkan berat badan yang tidak memudaratkan. Ketandusan mineral, vitamin & anti-oksidan banyak memberikan impak buruk terhadap kesihatan dan kecantikan selepas beberapa tahun. .

“Way to be healtier & younger”, kenali NILAI MAKANAN, bukan kalori semata. BMI ideal, itu terjamin.