Kepentingan Meditasi & Contohnya

Assalamualaikum.

Untuk santapan minda malam ini, sedikit penerangan berkaitan KEPENTINGAN MEDITASI & CONTOHNYA menurut Hallneevour.

1) Kadangkala, kita telah berusaha keras mengawal pemakanan, namun berat badan tidak juga turun. Tidak terkecuali, penyakit tidak berjangkit yang dialami  semakin melarat. Seringkali terjadi pada ramai individu, dan tertanya mengapa paras kolesterol tidak menurun walhal sentiasa mengawal pemakanan?

Tahukah anda, untuk nutrisi dari makanan diserap oleh tubuh, ia memerlukan PERSEKITARAN ORGAN YANG KONDUSIF & AMAN. Tubuh tidak boleh mempunyai paras keradangan yang tinggi akibat tekanan kerja, rokok, radiasi, traffic jammed, jadual tidur lewat dan amalan makanan proses. Namun kebanyakan faktor yang dinyatakan, amatlah sukar dielakkan.

Selain pemakanan, terdapat faktor “REHAT” yang perlu diambil bagi menurunkan berat termasuk paras kolesterol, darah tinggi & kencing manis (rujuk cadangan di akhir artikel).

2) Seringkali, wanita terutamanya mengalami sejenis penyakit dinamakan dementia – iaitu sukar mengingat perkara harian seperti terlupa tempat menyimpan barang, terlupa temujanji, sukar menumpukan perhatian dan kurang cekap menyiapkan tugasan. Ini seterusnya boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer’s (nyanyuk) apabila semakin berusia.

Statistik menunjukkan lonjakan wanita lewat 30an mengalami situasi ini juga berpunca dari kekurangan aktiviti kreatif wanita masakini berbanding wanita kelahiran sebelum 1970s. Mengambil contoh dari Majlis Perkahwinan hinggalah ke hiasan dalaman rumah, trend melantik Wedding Planner & Interior Designer melakukannya 100% menjadikan tiada perkembangan kreativiti di kalangan wanita hari ini berbanding wanita generasi terdahulu yang menjalankannya secara 50-50 dengan pengusaha.

Untuk pengesanan Dementia, pesakit akan menjalani ujian metabolism otak menggunakan PET scans,  seterusnya sekurangnya 2 minggu program “healthy diet” & “relaxation exercise” bagi merawat masalah ini. Ternyata, bukanlah dengan cara pengambilan ubatan!

Menurut kajian UCLA ke atas 18,000 pesakit yang mempunyai hanya 1 aktiviti sihat berisiko 80% mendapat Dementia & Alzheimer’s berbanding pesakit dengan 3 aktiviti sihat dengan risiko 25%. Kajian turut mengaitkan kesan 3 aktiviti sihat sebagai mengurangkan risiko penyakit diabetes & masalah jantung.

3) Islam menganjurkan meditasi dengan mengalunkan zikir, selawat & bacaan Ayat Al-Quran dari segi saintifiknya banyak kebaikan untuk sistem pertahanan tubuh dan tentunya ganjaran yang besar di sisi Allah. Hallneevour kongsikan kerana ia merupakan amalan tidak terputus sekalipun telah meninggal dunia – shadaqah, ilmu yang bermanfaat & doa anak yang soleh.

Cadangan Hallneevour ialah mendapatkan sebaiknya 3 jenis aktiviti sihat “CABAR DIRI” seperti :
1) Mengamalkan zikir, selawat & mengaji Quran secara tetap & istiqamah
2) Mencuba menanam dan memperkembangkan kepada kawan-kawan atau secara perniagaan
3) Membuat resepi baru lagi kreatif dari masa kesemasa
4) Mangait dan dijadikan pelbagai bentuk perhiasan dan aksesori
5)  Terapi menerusi hobi samada bermain piano, golfing, membaca & membuat rumusan ringkas dan bermain catur.
6) Melakukan 15 minit aktiviti kekuatan otot seperti plank, sit-up atau squats.
7) Perwatakan menarik luaran dan dalaman, di luar mahupun di dalam rumah.

Pesanan Hallneevour, “Demi Masa. Untuk istiqamah, rancang secara berjadual & berkala dengan tetap. Elakkan tabiat seumpama, Hangat-Hangat Tahi Ayam!”.