Selamatkah Dimakan?

Starving!
Saya lapar teramat hari ini, walhal baru pukul 6ptg. Kebiasaannya berpuasa, eloklah pula tak berkeroncong perut..

Nota bacaan untuk malam ini berkaitan “Kulit Ayam, Kulit Epal dan Kentang Bertunas : Selamatkah Dimakan?”

Baru-baru ini saya ditanya dan ditunjukkan artikel dari seorang Chemist bahawa Kentang Bertunas selamat dimakan.

Esoknya, saya terbaca pula poster seorang dietitian berkaitan kulit epal – juga dinyatakan ia selamat dimakan.

Untuk kesemua ketiga-ketiga makanan yang saya nyatakan diawal tulisan ini (kulit ayam, kulit epal dan kentang bertunas) kesemuanya adalah selamat dimakan.

Jika “keselamatan makanan” adalah titik persoalan dan keutamaan dalam hidangan, *Babi* juga selamat dimakan. Bukankah? Malah babi berlemak di negara-negara barat (lapisan % lemak bawah kulit babi tersebut lebih tinggi kerana cuaca sejuk) adalah lebih enak berbanding babi di Malaysia. Ini fakta.

Selagi sesuatu makanan itu boleh dipatuk burung dan burung itu tidak mati, tentulah ia selamat dimakan. Itulah definisi SELAMAT secara amnya.

Bagi dietitian pula, jika ia tidak berkalori tinggi tentulah ia selamat dan boleh mewujudkan defisit kalori untuk pembakaran lemak. Calorie In < Calorie Out. Formula asas kalori!

Bagi Hallneevour, “Kesihatan Asas Bermula di Kantung Perut”.

Maka, itulah kajian-kajian dari Mardi contohnya tidak boleh diketepikan terutamanya dari konteks Kentang Bertunas Menjadi Toksik Terhadap Tubuh Jika Dimakan. Boleh google di YouTube untuk pencerahan.

Termasuklah kesan Kulit Wax Lilin Pada Kulit Epal. Apakah kesannya terhadap kantung perut? Toksik makanan yang perlu dinyahkan dengan kekuatan sistem pencernaan dan bakteria baik!

Mohon hadam dan hafaz :
*Definisi makanan selamat menurut Kamus Hallneevour ialah makanan yang HALALAN & TOYYIBAN lagi bersesuaian untuk MENURUNKAN DAN MENGURUSKAN BERAT BADAN JANGKA PANJANG*.

Terutamanya Hallneevour berhadapan dengan client yang sama setiap bulan, sehingga 18 bulan, malah ada juga yang telah bersama sehingga 8-11 tahun!

Chemist mengkaji makanan. Dietitian awam dan hospital swasta, mungkin dijumpai sekali itulah seumur hidup. Cerita mereka kepada saya, “They never came back!”.

Saya temui ramai clients, dari zaman mereka dara-teruna sehingga ada yang dah beranak 3. Hakikat.

P$  : Dan yg mengenyam saya caras. Kerana akhlak itu haruslah di hadapan ilmu, jawatan & kekayaan. Maaflah, ketenangan sendiri lebih berharga di usia ini. Tidak mungkin HALLNEEVOUR tidak kaya lagi berjaya dgn izinNya, warga emas di Malaysia adalah berjumlah 2.3 juta. Kirakan juga 1% dari bilangan penjawat di Putrajaya.