Sifu Mana Yang Terbaik?

*Sifu mana yang terbaik?*

Terkejut saya di belakang tabir, bila Ust Hakim bongkar nama mentor terbaik beliau dengan peserta.

Saya share cerita dia kat sini ya.

“Saya jumpa ramai orang yang mencari-cari mentor. Untuk berjaya, kita perlukan mentor yang sudah berjaya. Nak tak, saya beritahu anda, seorang mentor terbaik saya?”, Ust Hakim tanya kepada peserta di dalam skrin.

Siapa tak nak? Melihat siapa Ust Hakim hari ni, beliau diizinkan sukses dalam hampir semua bisnes beliau. Dan beliau miliki banyak bidang bisnes termasuk pertanian, penternakan, pendidikan, travel, ngo, pembinaan dan beberapa yang lain.

“Syaratnya, kalau saya beritahu, anda nak berjaya, anda kena buat apa yang mentor ni buat. Kita tiru semua apa orang berjaya buat”

Saya berdebar. Dalam kepala tertanya-tanya siapa mentor tu.

“Mentor saya ni dulu masa kawin, hantaran dia je puluhan juta. Ada pasaraya sendiri.
Harta melimpah ruah”

“Bukan tu je, hebatnya beliau ni, dia berjaya jadikan sahabat sekeliling dia jutawan”

Ustaz Hakim tambah lagi.

“Orangnya baik. Sifatnya lemah lembut. Orang sekitar selesa. Dia hormat orang, orang hormat dia”

Saya agak-agak beberapa nama mentor Ust Hakim yang saya kenal.

Saya beritahu sahabat sebelah tekaan dalam kepala saya, “Dari gaya ustaz cerita ni, mesti Mr X ni”

Tapi tekaan saya salah.

Siapa nama mentor yang dia sebut ni?

“Mentor terbaik saya, namanya, Muhammad Bin Abdullah, sallallahu’alaihi wasallam”, jawab Ustaz Hakim.

Ramai orang cari mentor diluar sana, tak nampak mentor terbaik mereka ada ini.

Nabi dah tunjuk, nak berjaya perlu ada Allah bersama. Nak berjaya perlu ada rasa hamba. Nak berjaya perlu rujuk AlQuran. Nak berjaya, destinasinya akhirat.

*Nak sihat, puasa..*

Selamat berpuasa Isnin.