Hallneevour

“Segalanya Bermula Di Perut"

Perjalanan Hallneevour

Daripada satu idea pada tahun 2016 kepada sebuah ekosistem pendidikan pemakanan yang terus berkembang sehingga hari ini

SEGALANYA BERMULA DI PERUT

2016

Kisah & Perjalanan

Sebelum Hallneevour diasaskan, pengasasnya pernah terlibat sebagai perunding pemakanan bagi sebuah jenama antarabangsa. Ketika berpeluang melawat kilang pengeluar di Cambridge, United Kingdom, beliau mula memikirkan semula maksud sebenar perkataan halal dalam industri makanan.

Pengalaman itu menjadi titik perubahan. Sekembalinya ke Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk membina jenamanya sendiri dengan komitmen bahawa setiap produk dihasilkan di Malaysia dan mematuhi piawaian pensijilan halal tempatan.

Kemudian… Nama asal yang dicadangkan ialah Halal Nivor, diinspirasikan daripada istilah seperti carnivore, omnivore dan herbivore. Namun, atas keperluan pendaftaran nama syarikat, penggunaan perkataan “Halal” tidak dibenarkan sebagai sebahagian daripada nama jenama. Lalu lahirlah nama Hallneevour — sebuah nama baharu yang membawa bersama semangat asalnya.

Hallneevour diasaskan pada tahun 2016 sebagai sebuah platform bimbingan pemakanan untuk membantu masyarakat memahami hubungan antara pemakanan, sistem pencernaan dan kesihatan.

Kami percaya bahawa setiap perubahan yang berkekalan bermula dengan kefahaman yang betul.

Sehingga hari ini, falsafah yang sama terus menjadi asas setiap program Hallneevour — “Segalanya Bermula Di Perut.”

2018

GAYA HIDUP 1662

Membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul

Pada tahun 2018, Hallneevour memperkenalkan Gayahidup 1662 sebagai satu pendekatan gaya hidup yang lebih praktikal dan mudah diamalkan. Ia lahir daripada kepercayaan bahawa perubahan yang berkekalan bukan bergantung kepada diet yang sementara, tetapi kepada amalan harian yang betul dan konsisten.

Gayahidup 1662 dibina berasaskan tiga elemen yang saling melengkapi, iaitu nutrisi, metabolisme dan ketenangan. Ketiga-tiganya membentuk keseimbangan yang menjadi asas kepada amalan Gayahidup 1662.

 

2019

TRANS FAT WITHDRAWAL

transform feed within

Bermula pada tahun 2019 sebagai Trans Fat Withdrawal, TFW diperkenalkan bagi membantu masyarakat memahami kesan trans fat terhadap kesihatan.

Seiring perkembangan ilmu dan pengalaman Hallneevour, TFW berkembang menjadi Transform Feed Within — satu protokol yang menekankan perubahan pemakanan dari dalam sebagai asas kepada transformasi kesihatan yang berkekalan.

2020

KEMBALI CERDAS

(Dahulu dikenali sebagai TeleTALK)

Ketika negara berdepan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hallneevour memperkenalkan TeleTALK sebagai platform pembelajaran secara langsung untuk membantu masyarakat memahami sains pemakanan. Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, sesi ini membincangkan pelbagai topik berkaitan sistem pencernaan, nutrien, keradangan dan kesihatan, di samping membuka ruang soal jawab serta perkongsian pengalaman sebenar daripada peserta.

Daripada TeleTALK lahirlah PaduTALK, sebelum program ini melalui penjenamaan semula sebagai Kembali Cerdas. Walaupun namanya berubah, misinya tetap sama — membantu masyarakat memahami sains pemakanan dengan lebih mendalam melalui pendekatan yang lebih tersusun dan mudah difahami.

“Jangan hanya tahu APA yang perlu dimakan. Fahami MENGAPA.”
Ilmu ● Kesedaran ● Transformasi

2023

SEMINAR SOP SIHAT ONLINE (SSSO)

Pada tahun 2023, Hallneevour memperkenalkan Seminar SOP Sihat Online (SSSO) sebagai platform pendidikan pemakanan mingguan yang membolehkan masyarakat mengikuti perkongsian ilmu tanpa mengira lokasi.

Diadakan hampir setiap hari Sabtu melalui Google Meet, SSSO membincangkan pelbagai topik berkaitan pemakanan, sistem pencernaan, nutrien, keradangan dan gaya hidup.

Selain perkongsian ilmu, peserta turut menjalani Ujian Tahap Nutrisi bagi membantu mereka memahami keadaan tubuh dengan lebih baik. Sehingga hari ini, SSSO kekal menjadi pintu masuk utama untuk mengenali falsafah pemakanan Hallneevour serta memulakan perjalanan ke arah kesihatan yang lebih baik.

Anda dipelawa menyertai Seminar SOP Sihat Online (SSSO) dan mulakan langkah pertama bersama Hallneevour.